Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu

26 April 2024, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi telah mengadakan lawatan kerja ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu pada 26 April 2024 bagi meneliti pembangunan teknologi berkaitan pembangunan industri hiliran minyak sawit di Lahad Datu.
Turut hadir bersama adalah YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Puan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan, pegawai kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), jabatan dan agensi kerajaan.
Cadangan potensi kerjasama teknologi yang dapat diketengah dan diadaptasikan oleh POIC telah dibincang bagi membantu memperkasakan pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan. MOSTI adalah bersedia untuk membantu pihak industri dalam aspek pengembangan dan penerimagunaan sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui R&D serta pengkomersialan hasil teknologi tempatan yang dapat memanfaatkan rakyat Malaysia.
Skip to content