Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid

18 Jun 2023, Sabah – MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi peneraju Inovasi Sosial dan Akar Umbi di Malaysia terus komited dalam menggalakkan dan memupuk pembangunan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
YIM menerusi program pendanaan MyIS Akar Umbi menyediakan Geran Pembangunan Inovasi berjumlah RM 50,000 bagi menghasilkan Automatic Weavten Machine kepada Komuniti Tenunan Murut Bookan di Keningau Sabah.
YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah menyerahkan dua (2) unit Yarn Warping Board kepada Komuniti Penenun Murut Bookan pada sesi lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid. Pada asasnya, Yarn Warping Board direka untuk membantu dalam proses penyusunan benang. Alat ini terdiri daripada beberapa bilah kayu dalam kedudukan tegak atau melintang yang diletakkan dengan jarak dan saiz yang sama.
Tujuan pembuatan mesin ini adalah untuk meningkatkan efisiensi proses penghasilan corak kain tenun, serta meningkatkan produktiviti dan jumlah pengeluaran yang dihasilkan dalam masa tertentu. Melalui penggunaan Automatic Weavten Machine, penenun dapat menghasilkan fabrik yang lebih berkualiti dalam masa yang singkat dan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat.
Kumpulan penyelidik dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Puncak Alam, Selangor dengan kolaborasi bersama UiTM Cawangan Sabah telah menjalankan satu kajian bagi melihat intervention inovasi dalam mengenalpasti kelemahan yang terdapat bagi proses penghasilan tenunan bagi tujuan penambahbaikan.

355019866 652425753579750 5945753954610903219 n    354912011 652425710246421 608466461935732035 n

Skip to content