Skip to main content
News

Lawatan Rasmi YB Menteri MOSTI ke Syarikat Berstatus Bionexus- 4tify Sdn Bhd

22 September 2025, Pulau Pinang – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan ke fasilitasi 4tify Sdn. Bhd., sebuah syarikat berstatus BioNexus yang terletak di Sungai Jawi, Pulau Pinang. Lawatan ini dianjurkan oleh Bioeconomy Corporation.

4tify merupakan pengeluar bahan lestari berasaskan bio dan tumbuhan untuk industri fesyen dan tekstil. Antara inovasi utama ialah Bio-Leather, kulit mesra alam yang diperbuat daripada sisa tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, diproses melalui teknologi biojisim.
YB Menteri menyambut baik usaha 4tify dalam membangunkan bio-tekstil dan kulit berasaskan bio daripada mikrob. Beliau menekankan bahawa teknologi ini berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 61,500 tan setahun menjelang 2027, selain memajukan ekonomi kitaran serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia petroleum import.
Beliau turut menegaskan bahawa perjalanan 4tify daripada syarikat pemula di bawah program Bio-based Accelerator (BBA) kepada syarikat berstatus BioNexus, mencerminkan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi dan mampan menjelang 2030.
Turut hadir, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, dan Stan Kam, Ketua Pegawai Eksekutif 4tify.
Skip to content