Skip to main content
News

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat ke Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI)

25 September 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan julung kali daripada guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat, Johor.

Dalam taklimatnya, En. Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI menekankan bahawa lawatan ini penting bagi memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi yang bakal menjadi teras kepimpinan negara pada masa hadapan. Para pelajar juga turut berpeluang mengadakan sesi soal jawab bersama pihak pengurusan MOSTI.
Lawatan sambil belajar ini diketuai oleh Guru Besar, Encik Helmyazizul bin Abdul Hamid, serta melibatkan seramai 83 orang guru dan pelajar.
Turut hadir, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, TKSU (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, En. Rahmat bin Wadio, Setiausaha Bahagian Pentadbiran serta urus setia MOSTI yang menguruskan lawatan ini.
Skip to content