25 Mei 2025, Terengganu – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12 yang dilaksanakan di KIMIA Terengganu.
YBhg. Datuk Seri KSU telah diberikan taklimat berkaitan KIMIA Malaysia sebelum dibawa melawat projek-projek di bawah butiran Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan. Hadir sama YBrs. Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia; Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan; Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan.