Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang ke Syarikat Mensilin Green Energy Sdn Bhd

25 Mei 2025, Terengganu – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke syarikat INNOVATHON Musim Pertama iaitu Mensilin Green Energy Sdn Bhd. Syarikat ini membangunkan inovasi yang dikenali sebagai Plastic To Fuel (PTF) yang menukarkan sisa plastik kepada minyak mentah Diesel Teknologi Hijau. Selain itu, syarikat ini juga menerima geran pembangunan perniagaan INNOVATHON daripada Agensi Pelaksana Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) yang merupakan agensi dibawah MOSTI bagi tujuan pengkomersialan dan pembangunan projek ke peringkat selanjutnya.

Turut mengiringi YBhg. Datuk Seri adalah Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI; Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI; Puan Juliana Jan, Naib Presiden Kanan Geran dan Pelaburan Cradle Fund Sdn Bhd serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Skip to content