Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu, Sarawak

10 Jun 2026, Bintulu – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu, Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai status semasa pembangunan. Program lawatan kerja ini turut melibatkan sesi bertemu dengan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu.
Antara projek yang dilawat adalah projek pembinaan kuarters pegawai dan kakitangan Jabatan KIMIA Bintulu. Pembinaan kuarters baharu ini dijangka dapat menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada warga Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu, sekali gus menyokong kesejahteraan penjawat awam serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
MOSTI akan terus komited dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan bagi memastikan setiap peruntukan kerajaan memberikan impak dan nilai terbaik kepada negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Puan ChM Marhayani binti Md. Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, pegawai dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, wakil JKR Bintulu dan warga kerja Jabatan Kimia Malaysia.
Skip to content