Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI Ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak

29 Julai 2026, Kuching – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai status semasa pembangunan. Program lawatan kerja ini turut melibatkan sesi bertemu dengan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak.
Antara projek yang dilawat adalah Projek Mengganti Lif Penumpang dan Lif Kargo di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak. Projek tersebut dijangka dapat menyediakan kelancaran proses kerja, kesejahteraan pekerja, pelanggan dan pelawat Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak terpelihara serta terjamin semasa menjalankan tugas, sekali meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
MOSTI akan terus komited dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan bagi memastikan setiap peruntukan kerajaan memberikan impak dan nilai terbaik kepada negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Puan ChM Marhayani binti Md. Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Puan Norazura Drahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak serta warga kerja Jabatan Kimia Malaysia.
Skip to content