Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke MIMOS Berhad Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah

17 September 2025, Kedah – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke MIMOS Berhad KHTP, di Kulim, Kedah.

Dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Datuk Seri KSU dan delegasi telah diberi taklimat mengenai Projek Industry Technology Innovation Centre (ITIC) dan Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI). Selesai taklimat, delegasi lawatan telah dibawa melawat ke fasiliti ITIC.
ITIC merupakan platform yang menyediakan fasiliti, peralatan dan kepakaran bagi keperluan R&D dan pembangunan modal insan, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk dan pembangunan produk industri Elektrik dan Elektronik (E&E) tempatan.
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh YBrs. Dr. Saat Shukri Embong, President & Group Chief Executive (GCRO) MIMOS Berhad, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, YBrs. Ts. Dr. Radin Zulhazmi bin Rahin Abdul Halim, Timbalan Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA) MOSTI, pegawai-pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, rakan industri MIMOS dan warga kerja MIMOS KHTP.
Skip to content