Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke UPM-MTDC Technology Centre

20 November 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan turun padang ke projek pembangunan di bawah Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), UPM-MTDC Technology Centre. Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek syarikat yang menerima Dana Sandbox-3 di bawah MTDC.

YBhg, Datuk Seri KSU terlebih dahulu ke Syarikat Myspatial Sdn Bhd bagi projek Pengkomersialan Sistem GIS untuk kegunaan pertanian dan pengurusan bangunan. Sesi lawatan turun padang diteruskan ke Syarikat Bio-Angle Vacs Sdn Bhd bagi projek Pengkomersialan STVac – Vaksin kambing dan biri-biri untuk patogen Mannheimia Haemolytica yang menyebabkan penyakit pneumonia. Vaksin ini juga merupakan produk yang berdaftar dengan platform MySTI.
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh Ts. Dr. Indera Shaiful Baharudin, Naib Presiden Eksekutif MTDC, Encik Boniface anak Edwin Manong, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, pegawai dari Kementerian Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Skip to content