Skip to main content
News

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 – “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”

15 Januari 2026, Putrajaya – Tahun 2026 bukan sekadar permulaan kalendar baharu, tetapi merupakan titik peralihan kritikal bagi seluruh jentera pentadbiran negara. Itulah inti pati utama hala tuju yang dizahirkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Amanat Tahun 2026, yang mengangkat tema “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”.

Dalam amanat tersebut, YBhg. Tan Sri KSN menegaskan empat tumpuan strategik untuk seluruh perkhidmatan awam:
✅ Mempercepat Strategi Perancangan dan Pelaksanaan Pantas.
✅ Mempermudah Urusan Rakyat.
✅ Memperhebat Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.
✅ Memperkasa Pelaksanaan Komunikasi Total.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kerajaan Persekutuan. MOSTI komited untuk menyokong dan menjayakan sepenuhnya amanat KSN melalui tindakan dan penyampaian yang lebih efektif, cekap dan berimpak tinggi.
Skip to content