Skip to main content
News

Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024

30 Ogos 2024, Putrajaya – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi MOSTI, jabatan dan agensi serta warga MOSTI turut bersama lebih 7,000 tetamu yang hadir semasa Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak seluruh warga Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan semangat Jiwa Merdeka, mengekalkan keharmonian bangsa serta sentiasa bersatu padu dalam membina negara
Ucapan YAB Perdana Menteri di akhiri dengan gesaan karyawan yang juga sasterawan negara, saudara A. Samad Said
“Anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu; dan kita, dalam sejarah, bakal syahdu dan bangga, kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra, wajah diri dan inti peribadi kita tunjang bagi kehidupan dan kemerdekaan bangsa yang sentiasa sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.”
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Skip to content