Skip to main content
News

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17

19 Julai 2024, Kuala Lumpur – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bertempat di Masjid Negara.

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut hadir pada Majlis Bacaaan Yasin dan Doa Selamat tersebut.
Skip to content