Skip to main content
News

Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2025/1446H

25 Mac 2025, Putrajaya – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2025/1446H telah diadakan pada hari ini 24 Ramadan 1446H bertempat di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI.
Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran para peserta Tadarus yang terdiri dari warga MOSTI. Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Nor Azlim bin Mat Sidik, Pegawai Hal Ehwal Islam MOSTI, kemudiannya diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Inspirasi Al-Quran dalam Kehidupan” yang disampaikan oleh PU Razi.
Program anjuran bersama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah dan PUSPANITA MOSTI ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI serta YBhg. Datin Dzramrah binti Hashim, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA MOSTI.
Skip to content