PUTRAJAYA (4 September 2012): Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili telah menghoskan Majlis Makan Malam sempena lawatan delegasi China iaitu China Overseas Space Development & Investment Co. Ltd. (COSDIC) dan China Academy of Space Technology (CASC) ke MOSTI di Hotel Marriot Putrajaya. Delegasi China ini diketuai oleh Encik Qiao Dongsheng, Naib Presiden, COSDIC dan ahli-ahlinya ialah Puan Wang Lili, Chief Designer DFH Satellite Co., Ltd., CASC, Puan Zang Yinan Asia-Pacific Regional Marketing Manager, International Business Department, CASC dan Encik Wang Xiaoyong, Chief Designer, Beijing Institute of Space Mechanics & Electricity, CASC serta Encik Awang Haji Mohamad, wakil perhubungan COSDIC di Malaysia.
Turut hadir adalah pegawai atasan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) , YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) , Encik Chong Poon Chai, Setiausaha Bahagian Angkasa, Laut dan Atmosfera, Encik Ho Koon Seng, Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Puan Maria Bernard Sinsoi, Setiausaha Sulit Kanan YBM, YBhg. Dato’ Haji Darus Bin Ahmad, Ketua Pengarah, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), YBhg. Dato’ Dr. Yap Kok Seng, Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Encik Ismahadi Ismail, Naib Presiden, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) dan Encik Mohd Fadzli Zainul Abidin, Pegawai Khas Timbalan Ketua Setiausaha (Sains).
Tujuan lawatan delegasi dari China ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama dalam bidang angkasa, remote sensing dan meteorologi di antara MOSTI dan COSDIC/CASC. Beberapa siri lawatan juga telah diadakan ke agensi-agensi MOSTI iaitu Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Lawatan oleh delegasi China ini dilihat akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Republik Rakyat China dalam bidang-bidang tersebut..