27 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama isteri, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail telah menjadi tuan rumah Majlis Makan Malam Gala Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (47th ASEAN Summit) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre malam ini.
Majlis gilang-gemilang ini menghimpunkan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta rakan dialog utama dunia, sebagai simbol keakraban dan semangat kekeluargaan serantau yang terus diperkukuh di bawah kepimpinan Malaysia.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan dan kerjasama serantau ke arah membina masa depan yang aman, makmur dan berdaya saing. Majlis ini turut meraikan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota baharu keluarga besar ASEAN.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan Persekutuan.




