Skip to main content
News

Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pertukaran surat niat (LoI) di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Rakan-Rakan Strategik

23 Mei 2023, Pulau Langkawi – Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pertukaran surat niat (LoI) di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama rakan-rakan strategik telah diadakan di Pre-Function Room, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi hari ini.
Upacara disaksikan oleh YB Chang Lih Kang – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Sebanyak dua (2) MoU telah ditandatangani oleh MYSA yang diwakili oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA melibatkan:-
i. MYSA dengan Lembaga Koko Malaysia Objektif: MoU ini adalah untuk menjalin kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa bagi memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman koko di Malaysia dengan lebih cekap dan berkesan.
ii. MYSA dengan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG):
MoU ini adalah bagi menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa khususnya dalam pelaksanaan operasi menangani tumpahan minyak dengan lebih cekap dan berkesan.
Seterusnya sesi pertukaran surat niat (LoI) MYSA dengan tiga syarikat tempatan seperti berikut:
i. Gading Group
ii. UZMA Berhad
iii. PIESAT Malaysia
Tujuan LoI ini adalah bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi angkasa melalui penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan sumber manusia. Bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri angkasa, beberapa MoU antara syarikat berkaitan teknologi angkasa juga telah ditandatangani pada majlis ini.
348629626 6153263721419180 3608085494531555010 n    348616922 570610251824637 5251546023000622965 n348848388 961380411674551 3390617467385202974 n    348559082 794690111881490 8975694437237908826 n
Skip to content