Skip to main content
News

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Wallworld Picture Sdn Bhd dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Bagi Program Road Tour Filem “Misi Operasi X – M.O.X” Dan Kembara Inovasi Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Jun 2017 – Jelajah Road Tour Filem “Misi Operasi X-M.O.X” merupakan usahasama antara Wallworld Pictures Sdn Bhd dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk mempromosikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.E.A.M) melalui layar perak bagi menarik minat golongan muda dan belia menceburi bidang ini, disamping memacukan inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Kolaborasi ini dijangka menerajui usaha dan iltizam untuk menempatkan Malaysia di kalangan 20 negara termaju dalam dunia inovasi. Perancangan yang teliti dan konsisten perlu bergerak seirama dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi yang sihat agar masyarakat Malaysia boleh bermastautin dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Jelajah Road Tour ini dapat merapatkan dan mempereratkan lagi hubungan penggiat seni dan peminat filem tanahair sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan peminat kepada industri filem khususnya dan juga menyediakan pentas untuk mempromosikan produk seni filem selain daripada mengalakkan syarikat-syarikat swasta untuk menjadi rakan kongsi penganjur sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat.

Jelajah Road Tour dan Kembara Inovasi ini akan ke 10 buah negeri bermula bulan Ogos sehingga November 2017; bagi mempromosikan Filem “Misi Operasi X-M.O.X” yang dijangka ditayangkan pada Disember 2017 dan juga untuk mengadakan pameran bersama agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta.

Antara tarikan utama program ini adalah Konvoi Rakan Motosikal Berkuasa Tinggi, penyertaan pameran 10 teknologi inovasi mampu milik oleh inovator yang berdaftar dengan YIM termasuk pameran produk dan perkhidmatan produksi dari Krew M.O.X.

Skip to content