Skip to main content
News

Majlis ‘Networking Dinner: Biotechnology Fraternity Night 2023’

8 November 2023, Putrajaya – National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), sebuah agensi di bawah MOSTI meraikan para peserta, rakan kongsi dan pemain industri Bioteknologi dalam satu Majlis ‘Networking Dinner: Biotechnology Fraternity Night 2023’ yang diadakan bersempena dengan National Biotechnology Symposium (NBS) 2023 yang sedang berlangsung pada 8 dan 9 November 2023.
YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyatakan “Bioteknologi menawarkan potensi besar dalam mengubah dunia menjadi lebih baik. Ia membolehkan kita memanfaatkan kuasa organisma hidup untuk menyelesaikan beberapa cabaran mendesak yang dihadapi manusia, daripada menyediakan bekalan makanan kepada populasi global yang semakin meningkat kepada membangunkan rawatan baharu untuk penyakit yang membawa maut”.
Majlis pada malam ini memberi peluang kepada semua peserta membina rangkaian, berkongsi pandangan dan menjalin perkongsian yang akan memacu bioteknologi dan inovasi ke hadapan serta bertukar-tukar idea dan meneroka jalan kerjasama baharu.
YB Datuk Arthur turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat atas dedikasi dan sumbangan dalam bidang bioteknologi.
Pada hari ini, para peserta juga telah mengadakan perbincangan dan pembentangan yang menarik berkenaan topik pemangkinan bioteknologi untuk keselamatan makanan. Selain itu, terdapat juga pameran yang memaparkan pelbagai produk dan penyelesaian bioteknologi.
Skip to content