Skip to main content
NewsCovid-19

Majlis Pelancaran Sistem TanyaDoktor.com

By 2020-04-22#!28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800p0928#28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28 13pm28pm-28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx282021Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800366362pmSaturday=321#!28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#February 13th, 2021#!28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800p0928#/28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28#!28Sat, 13 Feb 2021 18:36:09 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#No Comments

KUALA TERENGGANU, 19 APRIL 2020 – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem TanyaDoktor.com yang dibangunkan oleh tenaga pakar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis ini turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.

Di dalam ucapan beliau, YB Timbalan Menteri MOSTI memuji UniSZA yang mengambil langkah proaktif dalam membangunkan sistem ini bagi membantu KKM dan masyarakat dengan  menawarkan perkhidmatan konsultasi doktor pakar dalam talian secara PERCUMA. Menurut beliau lagi, platform yang dibangunkan ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti dalam mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan dan pakar pemakanan UniSZA berkaitan masalah kesihatan.

Program ini juga boleh digunakan untuk tujuan saringan dan pemantauan pesakit. Secara tidak langsung, platform ini berupaya untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti KKM terutama pada musim pandemic Covid-19 dan seterusnya membantu mengurangkan penularan wabak ini dengan menghadkan pergerakan pesakit ke fasiliti kesihatan. Setakat ini, bilangan yang menyertai program ini seramai 263 orang dan konsultasi yang telah dilakukan sebanyak 89 orang.

YB Tuan Haji Ahmad Amzad turut menekankan prinsip “Necessity is the mother of invention” iaitu keperluan yang mendesak akhirnya akan menggerakkan individu atau kumpulan untuk menghasilkan sesuatu alat atau instrumen yang akhirnya memudahkan mereka untuk menjalani hidup seharian.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau, menyatakan harapan agar UniSZA terus berkolaborasi dengan pihak MOSTI dalam memperkenalkan inovasi dan aplikasi baharu supaya impaknya dapat dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia.