20 Januari 2026, Putrajaya – Tahniah kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi! Hari ini, sejarah tercipta dalam dunia pendidikan apabila YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 (RPN) bertemakan Memacu Lonjakan Pendidikan Negara. RPN merangkumi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035.
Di sebalik matlamat dan idealisme yang menggunung, pelaksanaannya menuntut kesungguhan, kejelasan hala tuju dan komitmen berterusan agar mutu pendidikan benar-benar dapat dipertingkatkan, bukan sekadar menjadi bayang-bayang perancangan. Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam usaha membina negara berpaksikan kemanusiaan, dipacu matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Majlis peluncuran ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, YBhg Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi,YB Puan Fadhlina binti Sidek,Menteri Pendidikan, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar YB, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan Jemaah Menteri dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta tetamu jemputan.
MOSTI juga komited menyokong pelaksanaan RPN ini, selaras dengan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara, bagi memastikan pendidikan dan inovasi bergerak seiring dalam memacu pembangunan negara.




