Skip to main content
News

Majlis Pembukaan Rasmi 88th Meeting of the ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-88)

22 Oktober 2025, Thailand – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Pengerusi ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI) bagi Malaysia, telah menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi 88th Meeting of the ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-88) yang diadakan pada pagi ini.

Majlis tersebut dianjurkan bersempena dengan 88th Meeting of the ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-88) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Bangkok, Thailand dari 19 hingga 24 Oktober 2025.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D serta Cradle Fund Sdn. Bhd.
Majlis pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Supachai Pathumnakul, Setiausaha Tetap, Ministry of Higher Education, Science, Research and Innovation (MHESI), Thailand, yang turut menyampaikan ucaptama pembukaan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi COSTI Indonesia, Dr. Ir. Boediastoeti Ontowirjo.
Skip to content