Skip to main content
News

Majlis Penutup National Biotechnology Symposium 2023

9 November 2023, Putrajaya – National Biotechnology Symposium 2023 (NBS 2023) telah melabuhkan tirainya pada 9 November. Majlis penutup National Biotechnology Symposium 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI setelah dua hari berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.

Dalam ucaptama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin menyatakan bahawa simposium ini telah menyatukan ramai pakar dalam industri makanan dan makanan ternakan (food and feed industry). Beliau berharap agar ia dapat meningkatkan jaringan dan kerjasama yang akan memperkukuh lagi ekosistem dalam mencapai sasaran menangani isu sekuriti makanan negara kita.
Dalam majlis yang sama, turut disampaikan tiga kategori anugerah iaitu ‘Best Poster Award’, ‘Best Oral Presenter’ dan ‘Travel Grant Award”.
Penerima ‘Best Poster Award’ ialah Siti Khadijah binti Abdullah dari FGV R&D, Dr Nur Syakila binti Rohawi dari National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Assoc. Prof. Dr. Tan Min Pau dari Universiti Malaysia Terengganu. Manakala penerima Anugerah ‘Best Oral Presenter’ ialah Dr Vaidehi Ulaganathan dari Universiti UCSI, Dr Nor Afiqah Aleng dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Dr. Nurliyana binti Abdul Razak dari Universiti UCSI. Penerima ‘Travel Grant Award’ ialah Chai Min Hian dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Majlis tersebut juga menyaksikan simbolik penyerahan mandat penganjuran NBS 2024 oleh Dr. Seetha Jaganathan King selaku Pengerusi NBS 2023 kepada Dr. Adelina Ahmad Noruddin, Pemangku Ketua Penyelidikan IPharm.
Skip to content