Skip to main content
News

Majlis Penutup Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2024

11 Oktober 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini hadir ke Majlis Penutup Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2024.
Program Pementoran MOSTI pada kali ini telah dilaksanakan dengan penglibatan daripada warga Kementerian dan Jabatan yang terdiri daripada Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Atom Malaysia, Angesi Angkasa Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia.
Seramai 42 pasangan mentor dan menti dari MOSTI dan Jabatan di bawahnya telah mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 86 orang pegawai secara keseluruhannya. Pelaksanaan program pementoran pada tahun ini secara rasminya telah bermula pada 27 Februari 2024.
Sepanjang pelaksanaan program ini, sebanyak 12 sesi pertemuan telah dilaksanakan oleh mentor dan menti selama 6 bulan, manakala sesi perkongsian pengalaman serta bimbingan berkaitan ilmu dan kepakaran oleh mentor kepada menti telah dipraktikkan sepanjang tempoh pertemuan tersebut merangkumi aspek kompetensi profesional, kompetensi budaya, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial.
YBhg. Dato’ KSU berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi sepanjang program pementoran ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan MOSTI dan jabatan secara keseluruhannya bersesuaian dengan tema MOSTI iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi. Bersama kita jadikan MOSTI luar biasa!!
Skip to content