Skip to main content
News

Majlis Penutup Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat MOSTI 2022

17 November 2022, Putrajaya – Majlis Penutup Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat MOSTI 2022 telah berlangsung hari ini di Auditorium JPA, Kompleks C dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Pada tahun ini, buat julung kalinya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program Dekad Bahasa Kebangsaan sepanjang bulan Oktober 2022 yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Induk iaitu Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MOSTI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP).
Bertemakan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, program Dekad Bahasa Kebangsaan ini memenuhi aspirasi untuk melestarikan perkhidmatan awam dan penglibatan menyeluruh warga MOSTI serta jabatan dan agensi di bawahnya.
Sepanjang sebulan program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga MOSTI melibatkan diri atau menguji bakat, kebolehan dan kepintaran serta kecekapan dalam Bahasa Kebangsaan. Warga MOSTI juga berpeluang menggarap minat dalam sastera Melayu dan seterusnya mengetengahkan keindahan warisan bangsa.
Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi menyemarakkan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan MOSTI 2022 adalah:
a) Pertandingan Peragaan Iklan Terbaik;
b) Sayembara Mencipta Puisi;
c) Perkongsian ‘Buat & Jangan’;
d) Kahoot! Bahasa;
e) Pembaca / Peminjam Buku Terbanyak;
f) Kongsi Je! ‘Bacaan Laju’ (dalam talian);
g) Teka Silang Kata; dan
h) Permainan Bahasa.
Syabas dan tahniah di ucapkan kepada para pemenang.
Hadir sama memeriahkan majlis ialah YBhg. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan dan YM Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor Bahagian Buku Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terlebih dahulu turut diadakan sesi perkongsian bertajuk ‘Bahasaku Bahasa Berwibawa’ yang disampaikan oleh Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, Mantan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Skip to content