14 Ogos 2024, Kuala Lumpur – Sidang Kemuncak Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2024 melabuhkan tirainya dengan pencapaian gemilang. YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyatakan “MCY sejak tahun 2016 sehingga kini, kita telah berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan berkat usaha kolaboratif pelbagai pihak. Sehingga 2023, sebanyak 553 produk, teknologi dan perkhidmatan telah berjaya dikomersialkan dengan nilai jualan melebihi RM729,889,943.54 juta”.
MOSTI kekal komited memupuk inovasi dari peringkat awal hingga merealisasikannya ke pasaran. Dari pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengujian atau validasi produk / teknologi hingga memudah cara proses pengkomersialan, MOSTI menyediakan sokongan menyeluruh kepada para inovator.
Terima kasih pada para penaja, rakan ekosistem, para petugas, usahawan, inovator, penyelidik, pelajar, pengunjung, media dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Teruskan momentum kecemerlangan dalam sains, teknologi, inovasi dan pengkomersialan. Jumpa lagi di MCY Summit 2025.