03 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Kerja Pembaikan Bumbung Pusat Sains Negara Kuala Lumpur telah berlangsung di Pusat Sains Negara oleh YBrs. Ir. Sukhaimi bin Marob, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Encik Muhammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara. Upacara ini telah disaksikan oleh YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Penyerahan projek ini menandakan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan fasiliti pendidikan sains negara berada pada tahap terbaik, demi menyokong agenda pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia.
Dengan siapnya bumbung ini, Pusat Sains Negara kini kembali bersedia menerima kunjungan rakyat Malaysia untuk terus menjadikan sains satu pengalaman yang menyeronokkan dan menginspirasi!