Skip to main content
News

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Kerjasama Penyelidikan Malaysia-China 2025

14 November 2025, Putrajaya –

YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Kerjasama Penyelidikan Malaysia-China yang telah berlangsung di Ibu pejabat MOSTI, Putrajaya, hari ini. Majlis ini turut disertai oleh Dr. Zhao Xiandong, Counsellor for Science, Embassy of the People’s Republic of China in Malaysia.
Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan bahawa program ini menunjukkan keyakinan dan kematangan dalam pertukaran teknologi, mempercepat peningkatan kapasiti dan mengembangkan saluran inovasi binasional.
YB Menteri menggalakkan penerima projek untuk memanfaatkan peluang ini secara strategik, membina perkongsian yang memberikan nilai akademik, daya saing negara, impak komersial, dan manfaat kepada masyarakat. Pada masa hadapan, kerjasama ini akan diteruskan dengan cadangan untuk menambah bilangan projek yang akan dimuktamadkan ketika Mesyuarat JCM.
YB Menteri telah menyerahkan Cek Replika lapan projek yang diluluskan bernilai lebih RM10 juta dibawah Malaysia-China Strategic Research Fund Request for Proposal (RFP) 2025 kepada institusi penerima termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Multimedia University (MMU).
Inisiatif ini juga menandakan komitmen MOSTI dalam memperkukuh kerjasama penyelidikan antarabangsa serta memacu pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.
Turut hadir ke majlis ini, YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI serta penerima dana.
Skip to content