17 November 2025, Fuzhou – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Majlis Perasmian ASEAN-China Week 2025 di Fuzhou Strait International Conference and Exhibition Center, Fuzhou, China.
Majlis Perasmian telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh TYT Tuan Zhou Zuyi, Setiausaha CPC Fujian Provincial Committee dan YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah TYT Ambassador Shi Zhongjun, Ketua Setiausaha ASEAN-China Centre, TYT Tuan Nararya S. Soeprapto, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Komuniti dan Hal-Ehwal Korporat), Sekretariat ASEAN serta wakil-wakil dari Negara Anggota ASEAN.
Dalam majlis perasmian tersebut, turut dirasmikan pelancaran:
a) “Report on ASEAN-China Trade & Investment Cooperation (2024-2025)”;
b) “Initiative to Jointly Build ASEAN-China Digital Cultural Intellectual Property Repository”; dan
c) “Cross-border Business of China-ASEAN Marine Product Exchange”.




