Skip to main content
News

Majlis Perasmian Bangunan Utama Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor

YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Utama Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor Majlis. Turut hadir YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan YBrs. ChM Khairul Hadi Bin Haji Abd Raof, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor.
​Sokongan padu daripada barisan kepimpinan kementerian dan jabatan ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan infrastruktur serta kemudahan saintifik di seluruh negara. Dengan perasmian bangunan baharu yang dilengkapi fasiliti makmal yang lebih moden dan canggih, ia pastinya bakal menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan dan analisis saintifik, khususnya di negeri Johor.
Pembangunan infrastruktur ini selari dengan hasrat jabatan untuk terus melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih optimum, pantas, dan efisien demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat!
Skip to content