Skip to main content
News

Majlis Perasmian Peluncuran Kampung Angkat Madani MOSTI 2025

26 November 2025, Klang – Program Kampung Angkat MADANI MOSTI 2025 di Kampung Sungai Udang, Klang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kampung Sungai Udang dipilih MOSTI sebagai lokasi pelaksanaan tahun 2025 dengan jumlah intervensi RM1.68 juta. Pejabat Tanah Daerah Klang (PTDK) telah melaksanakan enam projek fizikal kritikal termasuk pembaikan balai raya, penyelenggaraan surau dan menaik taraf infrastruktur. Majlis Bandaraya Daerah Klang (MBDK) telah melaksanakan pembinaan mercu tanda, gelanggang serbaguna berbumbung serta lima program komuniti.
YBhg Datuk Seri KSU merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Pejabat Tanah dan Daerah Klang (PTDK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Udang serta pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas usaha menjayakan program yang selari dengan Belanjawan 2025 bagi memperkasa pembangunan komuniti desa tanpa meninggalkan mana-mana kawasan luar bandar.
MOSTI juga turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pemasangan lima lampu solar, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang melaksanakn kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan infrastruktur bagi menangani banjir kilat.
Bagi membudayakan sains, teknologi dan inovasi, MOSTI turut mengadakan pameran Planetarium Negara, MYSA, demonstrasi teknologi hidrogen Toyota Mirai dan pertunjukan sains oleh PSN bagi memudahkan akses STEM kepada penduduk setempat. YBhg. Datuk Seri KSU juga menegaskan pendedahan ini mampu menyemai minat sains serta meningkatkan kualiti hidup komuniti desa melalui intervensi yang mampan.
Terdahulu, YBhg. Datuk Seri KSU turut mengadakan lawatan ke tiga projek Kampung Angkat MADANI (KAM), iaitu Surau Haji Tok Bakar, Surau Khusyairiah serta Dewan dan Balai Raya Rumah Murah Kampung Sungai Udang bagi meninjau status pelaksanaan kerja fizikal dan keperluan komuniti setempat.
Turut hadir, YB Tuan Leong Tuck Chee, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Pandaraman, Klang, YBrs Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, YBrs Encik Mohd Zary Affendi bin Mohd Arif, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya di aja Klang, YBrs Encik Mohd Sharizal bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pegawai Tanah, Daerah Klang, YBrs Encik Zaki bin Jamil, Ketua Kampung Sungai Udang Klang, Ketua-Ketua Jabatan MOSTI serta wakil-wakil dari jabatan dan Agensi Negeri Dan Persekutuan.
Skip to content