18 April 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Sains Angkasa 2025 pada pada hari ini di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
YBhg. Datuk Seri KSU dalam ucapannya menyatakan bahawa “penganjuran seminar ini menjadi wahana penting dalam menyatukan tenaga pakar astronomi di Malaysia secara lebih sistematik dan meneroka potensi kerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan modal insan sains angkasa. Seminar ini juga, membuka ruang yang luas untuk menyelaras keperluan dari segi teknologi, infrastruktur, perundangan, institusi serta potensi penyelidikan bagi memastikan kemudahan sains angkasa dapat dimanfaatkan sepenuhnya di peringkat nasional dan global”
Hadir sama, YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dan YBrs. Encik Samsudin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
Seminar yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 15 April 2025 merupakan sesi libat urus mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Akademia bagi agenda:



Seminar turut diisi dengan:
taklimat oleh MYSA mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030)



