Skip to main content
News

Majlis Perasmian Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025

6 Disember 2025 – Majlis Perasmian Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI serta Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat.
Sehingga hari ini, 1,007 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan, disokong lebih 700 sesi bimbingan. Daripada jumlah itu, 323 projek telah berjaya disiapkan, menjimatkan lebih RM2.01 bilion setahun.YBhg. Tan Sri KSN turut menekankan keperluan meningkatkan kompetensi penjawat awam. INTAN kini menawarkan modul MMPA dan ARPA, dan akan diperluas kepada pegawai teknikal PBT mulai 2026.
Sejurus selesai perasmian, YBg. Datuk Seri KSU MOSTI turut melawat reruai MOSTI dan STEM AI yang mempamerkan demonstrasi STEM serta aplikasi AI, menonjolkan komitmen MOSTI dalam memperkukuh pembudayaan sains dan inovasi di negara ini. YBhg. Datuk Seri KSU turut menghadiri Forum yang bertajuk “Reformasi Karenah Biokrasi : Analysis Pencapaian dan Islah Berterusan” dan seterusnya Forum 2 “Memperkukuh Sektor Kesihatan : Pendidikan dan Kemiskinan”.
Program selama tiga hari yang bermula 5 Disember hingga 7 Disember 2025 memberi peluang kepada masyarakat melihat bagaimana reformasi dilaksanakan secara praktikal melalui sesi bersama kepimpinan negara, pembuat dasar dan pakar teknikal.
Skip to content