Skip to main content
News

Majlis Perasmian Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) MCY Siri 1/2025

22 April 2025, Putrajaya – Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2025 kini bermula!
Majlis Perasmian Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) MCY Siri 1/2025 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Pada sesi kali ini, sebanyak 145 produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D dari seluruh negara telah dicalonkan – satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan daya saing dan potensi ekosistem inovasi negara.
Sesi Due Diligence adalah antara inisiatif utama MCY yang bertujuan:
✅ Menilai tahap kesediaan teknologi (TRL);
✅ Mengenal pasti intervensi dan fasilitasi yang diperlukan; dan
✅ Menyaring calon bagi KPI Khas MCY iaitu calon penerima Anugerah MCY bernilai keseluruhan RM1 juta
MOSTI komited memperkukuh pengkomersialan hasil R&D&C&I tempatan melalui pendekatan MCY 3.0 – Goes Global 🌏, sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Sesi konsultasi turut disediakan semasa sesi ini bagi pelbagai program seperti:
📌 Dana Malaysia Grand Challenge (MGC)
📌 MySTI – Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan
📌 Inisiatif KL20 melalui platform MYStartup
📌 Rancangan realiti TV Inovasi “INNOVATHON”
Mari kita jayakan usaha “Turning Ideas into Impact” demi kelestarian dan kemakmuran Malaysia MADANI
Skip to content