Skip to main content
News

MAJLIS PERASMIAN TAHUN SAINS DAN GERAKAN INOVASI NASIONAL 2012

By 2012-04-09#!31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800p2131#31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 11am31am-31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800136133amSaturday=321#!31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 11th, 2017#!31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800p2131#/31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Sat, 11 Mar 2017 06:13:21 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

SERI KEMBANGAN, 9 April 2012 (Isnin): Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di satu majlis yang telah diadakan pada 9 April 2012 di  Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bertemakan “Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi Negara”,  SGI2012 bertujuan untuk menyemarak dan membudayakan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia, pelajar dan wanita. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberi mandat untuk menerajui dan seterusnya menyelaras program-program bersama pelbagai Kementerian, Kerajaan Negeri dan Rakan-rakan Strategik dalam menjayakan SGI2012.

Program induk SGI2012, Karnival Sains dan Inovasi,  akan diadakan di seluruh Malaysia di enam zon iaitu Zon Timur, Zon Sabah, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sarawak dan Zon Tengah. Antara aktiviti yang akan dianjurkan termasuk bengkel, ceramah dan pertandingan  seperti Pertandingan Roket Air SGI2012, Pertandingan Kereta Elektrik Amfibian, Bengkel Angkasawan Space Camp, Ceramah Kesedaran Keselamatan Internet dan Musical Science Show.
MOSTI akan terus bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan rakan strategik yang lain bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat akar umbi melalui program touch-points Jejak Inovasi dan TAPMOSTI@Community.
World Innovation Forum Kuala Lumpur akan diadakan bersekali dengan National Innovation Conference and Exhibition (NICE) pada bulan November 2012. Forum ini merupakan platform bagi sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara untuk bersama berkongsi pengalaman serta membincangkan strategi kreativiti dan inovasi. Manakala NICE bertujuan mengiktiraf usaha-usaha inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dalam bentuk anugerah termasuk Anugerah Inovasi Negara, Anugerah Inovasi Perdana Menteri dan Anugerah Saintis Muda Malaysia.

YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memupuk dan membentuk sebuah masyarakat yang membudayakan sains, teknologi dan inovasi. SGI2012 adalah inisiatif penting untuk merealisasikan agenda transformasi negara dan kesejahteraan Rakyat ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.Menurut beliau, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) Kerajaan telah meningkatkan peruntukan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada RM2.2 bilion daripada RM1.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-8, iaitu peningkatan sebanyak 27.3%. Sehingga kini, sebanyak 310 produk daripada 1,862 projek R&D di bawah geran MOSTI telah berjaya dipasarkan di dalam dan luar negara.

Kerajaan juga telah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dalam bidang penyelidikan bagi meningkatkan keupayaan R&D negara. Melalui pelbagai skim biasiswa yang ditawarkan oleh MOSTI seperti  National Science Fellowship, Skim Biasiswa Penyelidikan Pasca Siswazah Universiti dan Skim Biasiswa Penyelidikan Gunaan Pasca Siswazah bagi Pegawai Dalam Perkhidmatan, seramai 1,938 pelajar  telah ditaja oleh Kerajaan dalam tempoh 2005 hingga 2010 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM182.5 juta.
Dengan modal insan yang kompeten dan mampu menguasai bidang sains dan teknologi, Malaysia berupaya untuk meningkatkan daya saing di peringkat global. YAB Timbalan Perdana Menteri berpandangan bahawa golongan belia merupakan kumpulan yang dinamik, bertenaga dan kreatif dan ini adalah ramuan penting dalam bidang pembangunan sains, teknologi dan inovasi. Beliau seterusnya menyarankan agar satu sistem media sosial diwujud di bawah SGI2012 untuk menyebarkan budaya sains dan inovasi kepada 17 juta belia dan beliawanis Malaysia.
Tambah beliau, Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi untuk memastikan dasar dan pelan strategi STI dilaksanakan dengan  mantap seperti Majlis Sains dan Penyelidikan Negara, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam. National Institutes of Biotechnology Malaysia(NIBM) juga diwujudkan untuk menggalakkan perkembangan pusat-pusat penyelidikan dan inovasi bertaraf antarabangsa.
YAB Timbalan Perdana Menteri berharap semua pihak termasuk Kementerian dan agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta dapat menyokong sepenuhnya program SGI2012. Beliau juga menyeru agar  seluruh rakyat Malaysia menyemarakkan budaya sains dan inovasi dan menjadikannya sebagai amalan hidup seharian.