Skip to main content
News

Majlis Perasmian The 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) General Assembly

18 September 2025, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian The 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) General Assembly di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Turut hadir, YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa pemimpin politik ASEAN telah bekerjasama dengan berasaskan kepada kepercayaan dan yakin semangat ini akan terus kukuh apabila kepimpinan diserahkan kepada generasi seterusnya.
Menurutnya lagi, keistimewaan Parlimen dan AIPA ialah memastikan ia tidak hanya terbatas kepada pemimpin kerajaan semata-mata, tetapi turut melibatkan rakyat. Semoga platform AIPA terus menjadi pemacu kepada pembangunan mampan dan kemajuan bersama negara-negara ASEAN.
Skip to content