Skip to main content
News

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI – Julai 2026

20 Julai 2026, Putrajaya – Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi Julai 2026 yang bertemakan Hari Bulan Sedunia telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) serta YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi).
Tema perhimpunan kali ini dipilih bagi memperingati ulang tahun pendaratan Apollo 11 pada 20 Julai 1969, iaitu misi bersejarah yang berjaya membawa manusia pertama menjejakkan kaki ke Bulan. Dalam amanatnya, KSU MOSTI menegaskan bahawa kemajuan teknologi yang dinikmati hari ini merupakan hasil usaha berterusan generasi terdahulu, para penyelidik dan pelbagai pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Majlis turut meraikan dua pegawai MOSTI yang diterima sebagai ahli International Astronomical Union (IAU) serta memberikan penghargaan kepada empat projek RKB yang telah berjaya disiapkan.
Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai yang bersara pada bulan Julai, pengumuman pergerakan dan kenaikan pangkat pegawai serta sambutan ulang tahun kelahiran bagi 58 warga MOSTI yang lahir pada bulan Julai.
Skip to content