Skip to main content
News

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI – November 2025

31 Oktober 2025, Putrajaya – Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi bulan November 2025 telah berlangsung dengan meriah di Lobi Kompleks C, Putrajaya. Majlis kali ini diadakan bersempena Sambutan Hari Deepavali dan dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) serta barisan tertinggi Kementerian.

Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan bahawa kelulusan Belanjawan 2026 memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, pembangunan bakat dan pemacuan ekonomi digital, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor. Peruntukan tersebut akan dimanfaatkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
Beliau turut meraikan kejayaan Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, serta menghargai komitmen warga MOSTI dalam penganjuran program berimpak tinggi seperti Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2025 dan Program Malaysia Techlympic 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan.
Perhimpunan bulanan ini turut diserikan dengan Sambutan Hari Deepavali bersama warga kerja MOSTI yang bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan keluarga besar MOSTI. Majlis juga meraikan sambutan hari lahir warga MOSTI bagi bulan November.
Skip to content