Skip to main content
News

Majlis Pertukaran MOU Antara NIBM, PFIZER (Malaysia) MVP Healthcare

30 Januari 2023, Selangor – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi hari ini menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak antara National Institutes of Biotechnology (NIBM Malaysia), melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), dengan MVP Healthcare Sdn Bhd dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan.

 

Pada 1 November 2021, Kerajaan Malaysia telah memberi mandat kepada NIBM-MGVI, untuk menyelaras usaha dan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&R) vaksin manusia. Pfizer dan MVP Healthcare telah menzahirkan sokongan mereka terhadap visi kerajaan dan akan berganding bahu mengenal pasti bidang-bidang kerjasama untuk diterokai dalam pembentukan ekosistem vaksin negara seperti mana di dalam Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara ke arah mencapai aspirasi Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia.
Pfizer merupakan syarikat biofarmaseutikal global yang sentiasa berusaha menetapkan piawaian tinggi dari segi kualiti, keselamatan dan nilai, dalam setiap penerokaan, pembangunan dan pembuatan produk penjagaan kesihatan, termasuk ubat-ubatan dan vaksin inovatif, bagi kegunaan populasi global dengan matlamat meningkatkan kualiti kehidupan.
MVP Healthcare pula, sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 2018 yang menceburi industri pembuatan vaksin manusia dengan fokus kepada vaksin halal adalah anak syarikat kepada Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar vaksin haiwan terkemuka di Malaysia.
Memorandum Persefahaman tiga pihak ini berhasrat untuk meneroka potensi projek bersama yang boleh merancakkan pembangunan ekosistem vaksin tempatan demi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pandemik pada masa akan datang. Usaha ini turut membolehkan Malaysia mengembangkan kerjasama antarabangsanya dan mengenal pasti bidang-bidang yang berpotensi untuk diperkukuh, dipromosikan dan dibangunkan dalam kolaborasi strategik berasaskan manfaat bersama selaras dengan Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara.
DSC 2351   DSC 2398
YBM3   DSC 2423
Skip to content