19 April 2025, Sarawak – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah berkesempatan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dengan tema ‘Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, Majlis yang berlangsung di Stadium Perpaduan. Kuching, Sarawak itu bermatlamat mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kepada kesatuan dalam kepelbagaian menerusi konsep Malaysia MADANI.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; barisan Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh harmoni dengan kunjungan pelbagai kaum dan agama.