Skip to main content
News

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H / 2026M

17 Jun 2026, Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 secara sederhana tetapi penuh pengisian di Masjid Putra, Putrajaya. Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan tahun ini mengangkat semangat hijrah Rasulullah SAW yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina negara berteraskan nilai keadilan, perpaduan, dan kesejahteraan.
Kemuncak majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat untuk menyempurnakan Penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Kategori Kebangsaan dan Antarabangsa. Anugerah berprestij ini diberikan kepada dua tokoh yang memenuhi kriteria ketat, termasuk memiliki ilmu yang luas, peribadi unggul, serta sumbangan cemerlang dalam pembangunan ummah dan syiar Islam.
Bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu, Majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah akan turut diadakan pada Khamis, 18 Jun di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya untuk memberi peluang kepada para penerima anugerah berkongsi kepakaran dan inspirasi mereka.
Skip to content