Skip to main content
News

Maklum Balas Sesi Pertanyaan Lisan Di Dewan Negara

29 Julai 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar serta soalan tambahan daripada YB Senator Tuan Pele Peter Tinggom dan YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman berhubung strategi kerajaan untuk meningkatkan Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada 2.5% daripada KDNK menjelang tahun 2030.
Dalam jawapan tersebut, MOSTI menjelaskan empat strategi utama, iaitu meningkatkan pelaburan R&D sektor swasta, memfokuskan pembiayaan kepada bidang teknologi berimpak tinggi, memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri dan akademia, serta mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan melalui pelbagai inisiatif strategik.
MOSTI turut memaklumkan bahawa sektor swasta kini menyumbang 51.4% daripada GERD negara dan akan terus memperkukuh penyertaan industri melalui pembangunan Sistem Pengiktirafan R&D Industri Malaysia (MyRDI), di samping memudah cara akses kepada pembiayaan, insentif, bakat dan sokongan teknikal, khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Usaha ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi negara bagi meningkatkan daya saing industri serta menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Skip to content