MOSTI telah menganjurkan Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN) bersempena dengan Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE2014) di PWTC pada 1 November 2014. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang. AIN mula diperkenalkan oleh MOSTI pada tahun 2006. AIN bertujuan merangsang idea-idea bagi meningkatkan inovasi di kalangan rakyat dalam penciptaan produk atau perkhidmatan yang mampu memberikan nilai tambah dan berpotensi untuk dikomersilkan;
Terdapat empat (4) kategori utama telah dipertandingkan iaitu:
- Produk
- Perkhidmatan
- Akar umbi; dan
- Sekolah
Pada tahun ini, penyertaan dalam tempoh 4 bulan bermula Mei hingga Ogos 2014 adalah sejumlah 436 penyertaan. Penilaian awal telah dilakukan oleh para panel penilai dan memperakukan 40 (10 finalis bagi setiap kategori) penyertaan untuk bersaing di peringkat akhir.
Panel-panel hakim di peringkat akhir terdiri daripada pakar-pakar yang telah dipilih daripada pihak industri, institusi kerajaan dan swasta, universiti, private inventor, institusi/syarikat modal teroka dan diketuai oleh Ketua Sekretariat, Dr. Wan Manshol bin W Zin – manshol@nm.gov.my (019-2864493), Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Agensi Nuklear Malaysia, yang juga merupakan Presiden Malaysian Association of Research Scientists (MARS).
Selain AIN, pada malam tersebut beberapa anugerah lain turut disampaikan iaitu Anugerah Saintis Muda Negara, Anugerah Juruteknologi Negara dan MIMOS Prestigious Award.
KEPUTUSAN
ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA
- Dr. Lim Jit Kang (USM)
ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA
- Encik Kasron Ahmad
ANUGERAH INOVASI NEGARA
Kategori Perkhidmatan
- Unit Pemulihan Hospital USM, Kubang Kerian
- Lolimex (Lower Limb Exerciser)
Kategori Produk
- Thermal De-Polimerization Process of Plastic Waste Material
- Syngas RE Sdn Bhd
Kategori Sekolah
- Fruitty Loop
- SK Tarcisian Convent, Ipoh, Perak
Kategori Akar Umbi
- Teknik Pengurusan Tanaman Padi Organik-Sri Lovely
- Kampong Belantik, Mukim Sok, Kedah
MIMOS PRESTIGIOUS AWARDS 2014
– Kategori Akademia
- Dr. Sharifah Fatmadiana Wan Muhamad Hatta (UM)
- Dr. Muhamad Zalani Daud (UKM)
- Dr. Yong Ching Yee (UTM)
- Dr. Nor Azura Husin (UPM)
- Dr. Tan Choo Jun (USM)
– Kategori Harta Intelek yang Dikomersilkan
Projek- Perkeso Pintar (Thong Tong Khin | Azizah Maidin | Nagendran A/L M Perumal | Siti Aminah Md Nawi
– Kategori Pengkomersilan
PERKESO