Skip to main content
News

Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2026 Labuh Tirai

6 September 2026, Serdang – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2026 (MAHA 2026) yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang.

Sebagai platform pameran dan promosi sektor agromakanan, MAHA 2026 telah menghimpunkan pemain industri, usahawan, penggiat teknologi serta masyarakat dalam mengetengahkan inovasi, teknologi dan perkembangan terkini sektor pertanian.
Berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos 2026, MAHA 2026 terus menjadi wadah memperkasa sektor agromakanan negara menerusi penerapan sains, teknologi, inovasi dan pendigitalan bagi meningkatkan daya saing serta kemampanan sektor tersebut.
Seiring aspirasi tersebut, MOSTI turut komited memperkukuh penerapan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemangkin transformasi sektor agromakanan agar lebih moden, berdaya saing dan mampan.
Skip to content