24 September 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. akan menganjurkan Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025, persidangan startup teknologi ASEAN pertama di bawah Pengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang akan berlangsung dari 3 – 5 November 2025 di Kuala Lumpur. Bertemakan “Scaling Startups Beyond Borders”, acara berprestij ini telah diiktiraf sebagai Priority Economic Deliverable (PED) negara.
Menurut YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sehingga Jun 2025 Cradle telah menyiapkan platform Startup ASEAN – gerbang serantau pertama yang menghubungkan dan memperkasakan startup di seluruh ASEAN. Langkah seterusnya ialah menghimpunkan komuniti serantau dan global bagi memacu pertumbuhan startup teknologi melalui Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025.
Acara tiga hari ini dijangka menarik lebih 3,000 peserta termasuk startup, pelabur, pembuat dasar daripada 10 negara ASEAN dan pemain industri global. Persidangan ini turut mendapat sokongan kukuh daripada industri dengan Alliance
Bank tampil sebagai Penaja Utama.
Cradle LIVE! Startup SEAN Summit 2025 bakal:
– Memperkukuh ekosistem startup serantau.
– Membuka peluang pelaburan merentas sempadan.
– Meletakkan inovasi tempatan di pentas dunia.
Pendaftaran telah dibuka sejak awal September. Para peserta digalakkan untuk mendapatkan tempat mereka bagi acara utama ekosistem startup ASEAN ini di: www.cradle.com.my/cradlelive
Turut hadir, YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. En Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Dr. Aaron Sum, Ketua Pegawai Strategi & Transformasi Kumpulan
Alliance Bank serta jemputan lain.