Skip to main content
News

Malaysia dan Jepun Perkukuh Kerjasama Serantau ke Arah Sifar Pelepasan Karbon Melalui Mesyuarat Menteri Asia Zero Amission Community (AZEC)

17 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Jepun menjadi tuan rumah bersama di Mesyuarat Menteri Asia Zero Emission Community (AZEC) ke-3 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh agenda tenaga mampan dan berdaya tahan, sejajar dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 serta prinsip Malaysia MADANI.

Kerajaan Malaysia telah diwakili oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Sektoral Kementerian Ekonomi.
Platform AZEC merupakan inisiatif penting bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam mencapai sifar bersih pelepasan gas rumah hijau tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemampuan tenaga yang berpatutan.
Sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara entiti Malaysia dan Jepun yang meliputi bidang strategik seperti dekarbonisasi, biofuel, pembiayaan peralihan tenaga serta teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).
Melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia menyasar 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050 dan turut disokong oleh Rancangan Malaysia Ke-13.
Penganjuran ini juga mencerminkan komitmen Malaysia terhadap usaha dekarbonisasi dan peranannya sebagai hab tenaga serantau.
Skip to content