Skip to main content
News

Malaysia Memperkukuh Hala Tuju Asia ke Arah Masa Depan Sifar Bersih

26 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Perdana Menteri Jepun telah mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia (AZEC) Ke-3 menegaskan komitmen Malaysia terhadap peralihan tenaga yang adil, inklusif dan pragmatik.

Mesyuarat ini memperkukuh kerjasama serantau bagi mempercepat pelaksanaan teknologi tenaga bersih dan pembiayaan campuran, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Turut hadir, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.
Kredit Foto/Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia
Skip to content