Skip to main content
News

Malaysia Menyeru Kerjasama Daya Jangka yang Lebih Kukuh dan Data Rangka Kerja Merentas Asia

22 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyeru negara-negara ahli Persatuan Akademi Sains dan Teknologi Asia (AASSA) memperkukuh inisiatif daya jangka negara masing-masing serta bekerjasama dalam menyelaraskan rangka kerja data serantau bagi meningkatkan daya tahan dan kemakmuran Asia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Bengkel ASM-AASSA mengenai “Menangani Cabaran Global Dunia Pascanormal”, di Kuala Lumpur, hari ini. Tambahnya, beliau menggalakkan semua ahli AASSA mengukuhkan inisiatif daya jangka negara masing-masing. Malaysia bersedia berkongsi metodologi dan mengharmonikan rangka data kerja bagi mentransformasikan daya jangka kepada kaedah praktikal untuk daya tahan dan kemakmuran bersama.
Beliau turut menegaskan komitmen Malaysia terhadap perancangan berpandukan daya jangka melalui laporan megatrend di bawah RMK-13 dan laporan “ASEAN Ahead: ASEAN STI Ecosystem Foresight 2035 and Beyond” yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 24 Oktober 2025.
Malaysia turut mengetengahkan cadangan penubuhan Perikatan Sains Terbuka APEC (APECOSA) bagi menggalakkan perkongsian data terbuka dan bertanggungjawab menjelang 2026.
Bengkel anjuran ASM dan AASSA dari 22 hingga 23 Oktober 2025 menghimpunkan lebih 100 peserta dari akademi, komuniti saintifik dan industri bagi membincangkan pendekatan sains terhadap cabaran global.
Skip to content