Skip to main content
News

Malaysia Techlympics 2022 Sasar 2,000 Idea & Prototaip Yang Inovatif, Kreatif Dan Futuristik Bertaraf Dunia

By 2022-03-06#!31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:004031#31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:005+08:003131+08:00x312022Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800115113pmMonday=321#!31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:00+08:003#March 14th, 2022#!31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:004031#/31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Mar 2022 17:11:40 +0800+08:00+08:003#No Comments
6 Mac 2022, Kuala Lumpur – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melancarkan kibar mula Malaysia Techlympics 2022, sebuah inisiatif pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia Techlympics bertujuan untuk memupuk penciptaan idea berinovasi yang selaras dengan agenda Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi.
Sementara itu, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri MOSTI berkata, “Malaysia Techlympics adalah inisiatif MOSTI untuk merangsang kesedaran dan memacu minat Keluarga Malaysia dalam bidang STI. Ini adalah selari dengan hasrat MOSTI untuk Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.”
Bertemakan Connect, Compete, Celebrate, MOSTI telah melantik MRANTI sebagai agensi pelaksana yang telah menyusun sebanyak 25 pertandingan di bawah 5 kategori utama yang tertumpu kepada beberapa bidang antaranya kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro-komputer, nano, internet kebendaan, robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta pencetakan dan pembangunan tiga dimensi.
Malaysia Techlympics menyediakan satu platform yang terangkum, menarik dan interaktif untuk perserta bekerjasama dan pada masa yang sama bersaing untuk menjayakan sesuatu solusi berasaskan STI.
Sepanjang tempoh Malaysia Techlympics, pelbagai aktiviti pembelajaran berasaskan STEM termasuk sesi bengkel, webinar, kuiz dan sebagainya akan dijalankan secara dalam talian di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan generasi inovator dan changemaker masa hadapan negara yang kompeten.
Pada penghujung Malaysia Techlympics, sekurang-kurangnya 2,000 idea atau prototaip yang inovatif, kreatif dan futuristik bertaraf dunia bakal dihimpunkan selaras dengan agenda negara, untuk memacu ke arah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
Keluarga Malaysia dijemput menyertai Malaysia Techlympics dengan mendaftar melalui laman web www.techlympics.my.
Skip to content