Skip to main content
News

Malaysia Techlympics 2024 Zon Tengah

26 September 2024, Selangor – Malaysia Techlympics 2024 Zon Tengah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang, Selangor pada 25-26 September 2024 menyaksikan lebih 1,847 orang peserta melibatkan 128 buah sekolah dari Negeri Selangor, WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bersaing bagi merebut tempat dan melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Hadir sama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.
Objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta melalui kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.
MOSTI komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics. Untuk maklumat lanjut, layari www.mytechlympics.com
Skip to content